Friday, June 10, 2011

Poet : 1



Poet, aku sayang kamu...

Saturday, May 28, 2011

Testing Testing

Testing,, testing,,

Dah lama tinggalkan blog. Mungkin aku akan mulakan balik. Poet kata hasil tulisan aku menarik untuk dibaca tapi selepas ini mungkin tiada lagi entri tentang Poet. Kami telah berpisah, dan untuk berapa lama aku tak pasti. Sayang itu masih ada. Cuma tak segagah dan semanis dulu. Bagaimana untuk aku melupakan Poet bila mana dia yang PERTAMA bertakhta di hati? Bagaimana untuk hidup sendirian bila mana hampir 5 tahun aku bersama Poet? Bagaimana untuk aku mengisi masa lapang bila mana Poet lah temanku siang malam? Hubungan ini perlu dihentikan sebelum ada hati yang punya rasa benci.

Poet,
Aku masih sayangkan kamu
Dan aku doakan semoga kamu baik-baik saja
Pergilah kamu
Kerana kita tidak betah lagi bersama...


Saturday, August 8, 2009

Apabila manusia beratur

Tak sangka aku Poet sanggup off hari ni semata-mata nak bawak aku jumpa Doctor. Yelah nak cancel appointment dengan clients lagi, clients okay, nak menjawab dengan boss. Gara-gara aku sakit mata. Infection. Puas aku bantai menangis semalam sampai bengkak-bengkak mata sebab tak tahan sakit dan agaknya sebab tu Poet terpikir nak amik cuti. Kesian kat aku kot, kot la kan. Cuti maksudnya kena potong gaji-erk tak sure la kali ni potong gaji ke tak. Yang pasti, aku tak paksa Poet amik cuti tapi dia yang insist. Sape tak sayang awek weh walaupun awek ehem ehem-gemok.

Mungkin jugak sebab dia malas nak bangun pagi. Poet masuk kerja pukul 7 pagi okay. Kalau ada client yang gedik nak work out pukul 6 pagi, lagi awal dia kena bangun, nasib baik Poet tak pandai mekap macam aku. Kalau tak dia kena mekap siap-siap sebelum tidur supaya tak kelam-kabut nak pergi kerja esok. Kah kah kah.

Pukul 11.30 pagi baru kitorang gerak pegi Pusat Kesihatan. Masing-masing tidur tak ingat dunia. Aku doubt sebenarnya tapi malas nak cakap. Sempat ke? Oi memang tak sempat la, siap boleh tersesat sampai ke mukim lain. Dah tu confident Pusat Kesihatan tak tutup time lunch hour. Aku sampai-sampai je, tengok orang tak ramai, kalau ada pun semua dah nak balik. Apehal? Doctor amik MC ke?

Apelah bongok sangat kan, pergi klinik kerajaan PUKUL 12.30 TENGAHARI. Memang la tutup. Bodoh piang btui la…

Aku dan Poet datang balik pukul 2.30 petang, klinik bukak pukul 2.45. Orang dah berpusu-pusu padahal kaunter pendaftaran belum bukak. Aku terus lari tinggalkan Poet kat belakang, join orang-orang sakit/orang buat-buat sakit buat satu barisan nak amik nombor. Sape lambat beratur belakang. Jangan nak ngendeng-ngendeng kat aku.

Aku agak kagum jugak la sebabnya diorang ni semua tak payah nak di suruh untuk beratur. Semuanya sabar dan bertenang walaupun bahang matahari sampai meluap-luap ke seluruh badan. Serious shit aku tak tipu. Berpeluh-peluh macam lari 4 round. Sape demam boleh kebah aku rasa. Awek-awek mekap tebal nasib kau la mekap dah cair. Kah kah kah. Itulah, sape suruh kau tepek foundation+bedak+blusher berlayer-layer.

Cuba kau pergi stesen LRT-especially KLCC/Komuter-Midvalley contohnya, kalau takde Pak Guard berwisel yang jaga jangan mimpi lah diorang ni nak beratur. Tak sempat orang nak keluar dah berebut-rebut nak masuk. Cucuk bontot dengan payung baru tau. Selfish dowh orang-orang KL! Mungkin satu hari nanti, tanpa segan silu, aku akan sound je diorang ni, “Weh tak reti beratur ke? (sambil membulatkan mata)”

Untuk Poet, terima kasih sebab susah-susah bawak aku pergi Pusat Kesihatan. Aku sayang kau, Poet. Kau lah couple yang paling best sekali.

Love.

Tuesday, August 4, 2009

Jangan pikir kalau tak nak

Bila kau takde duit (sebab claims kau sana-sini tak dapat lagi, kononnye lar), tapi ada orang lain sanggup nak belanja kau, dia berleter itu-ini kau tadah telinga je la. Lagipun, kau kan slightly pekak, diam sudey, takyah nak melawan atau keluarkan bakat terpencil kau sebagai lawyer.

Takyah fight sambil bagi hujah-hujah melalut. Nanti kau sendiri yang makan hati. Orang tu dah bawak kau makan kat Bawal Power tau, semata-mata kau teringin sebab tengok menu dia kat internet yang kau tak pasti harga die berapa. Haihs. Cuba lah kau cakap, "Terima kasih sayang, semoga murah rezeki", itukan lebih manis di pendengaran.

Memang dia suka condemn kau macam-macam, kau lembap lah, kau kuat makan lah, tak reti bawak keta la, tapi dia baik kan, dia sayang kau kan. So takkan kau nak melenting. REDHA. Kau taknak dengar tu semua, kau hidup sorang-sorang. Nak ke?

Sunday, June 14, 2009

Mother =(

Seperti selalu dan seperti tahun2 lepas, bila mereka tanye, aku tidak punya jawapan kepada soalan2 itu. Skripnya tidak pernah berubah dan seringkali aku resah bila ditanya tentang dia. Aku tidak lagi punya dia seperti teman2 lain. Dia telah pergi. Aku tidak mahu lagi menangis. Maka, setiap kali aku diasak pelbagai soalan, aku cuba untuk senyum dan menyembunyikan perasaan yang hiba.

Tanya teman-teman tentang dia:

- Kau tak celebrate mother's day ke nanti?
- Nak bagi hadiah apa kat mak kau?
- Mak kau suka handbag ke perfume?
- Family kau celebrate mother's day kat mane?

Sedih...

Mak,
It has been 3 years since you left me
But you always in my thought
I missed the warmth of your gentle hug
I missed seeing your infectious smile that could make my day a day worthwhile!
I missed saying "mak" out loud
I missed your words of wisdom and nurturing spirit
I missed the look in your eyes that traveled straight to my heart
I missed you saying, "Ni lah anak saya" and the look of pride you held with each word spoken
I'm so thankful that God chose you to be my mother
Until we meet again mak, just keep watching over me and praying for me
I still hear your voice, still feel your touch, and you still live in my heart.
Al-Fatihah...

Sunday, June 7, 2009

Perbualan orang belum kahwin

Terasa nak memblog. Dah lama tak jumpa pc. Gian. Asbabnya bil u mobile tak bayar lagi. Mungkin takkan bayar. Lantak la. Aku peduli hape.

Antara perbualan aku dengan Poet:

Poet: Sudin
Aku: Zaiton

1. Zaiton, jom keluar! Ala esok ada kuiz la. Ok, keluar kejap je tau. Nak pegi mane, Sudin? Tesco nak? Ok.

2. Bila kita nak kawen? Lagi 5 tahun kot. Lambatnye. Nak kumpul duit dulu. Zaiton buat master dulu la.

3. Kita nak makan ape? McD la. Tak boleh! Zaiton kan nak diet. Makan kat mamak je la. Jimat duit.

4. Jom tengok wayang. Ala takde duit. Takpe Sudin bayar, gaji baru keluar.

5. Takde movie yang best la. Jom balik. Tengok je la ape2 crite yang ada.

6. Sudin, kejap, nak pegi toilet. Jangan lama2, cepat sket. Ye la. Takyah mekap.

7. Sape call? Client. Client mana? Sibuk je nak tau.

8. Coklat untuk Zaiton. Tenkiu. Sape bagi? Client. Ye ke? Tapi apsal dah tinggal sikit? Bagi kawan2 kat gym. Ceh~

9. Bila nak start diet ni? Esok la. Cakap je lebih.

10. Jom pegi cc. Nak study la. Petang2 sket la. Alaa.

11. Sudin, nak aiskrim. Isk asyik makan je. Biarlah.

12. Balik cepat tau. Sudin rindu. Ngada2 la. Nak pegi klas je.

13. Zaiton, protein bleh tukar jadi glucose tak? Tak sure, nanti Zaiton tanye Mr Long. Protein bleh buat kita jadi gemok jugak kan? Erm taktau.

Untuk hari ini, esok2 tambah lagi.

Friday, May 29, 2009

Jika kau tiada

Suatu ketika dahulu
Ku tersesat dalam hidup
Sehingga muncul menjelma rasa sayang kepadamu

Rupanya inilah cinta
Nikmatnya baru ku rasa
Tak terbayang bagaimana hidup
Jika kau tiada

Jika kau tiada
Pada siapakanku dendang syair cinta
Dan dakapan mana harus ku bersandar
Meraih kasih yang ku perlu

Jika kau tiada
Wajah siapa harus ku tenung bila mencari ketenangan
Arakian suara siapakah kan membisikkan kata -kata cinta

Tak tersusunnya kata
Azimat kau bawa
Pastinya ku kan sengsara
Oh jika kau tiada

Takku kenal cinta sebelum kau hadir
Takku tahu erti rindu
Kini doa ku termakbul
Ku tagih cinta mu selalu
Walau ramai ku kenali
Tiada seikhlasmu kasih
Kalam sayang kau ku cinta
Hanya nyawa kan bisa memisahkan kita
Memisahkan kita

Jika kau tiada
Hilanglah bintang dilangit yang berkelip
Memelita malam yang hiba
Hilanglah keajaiban kelapan di dunia

Jika kau tiada
Sentuhan siapa yang mampu menyembuh luka dihatiku
Lantarannya tawar naluri hati untuk jatuh cinta lagi

Jikalau ku termampu memiliki dunia
Semua tak bermakna bagi ku jika kau tiada