Saturday, August 8, 2009

Apabila manusia beratur

Tak sangka aku Poet sanggup off hari ni semata-mata nak bawak aku jumpa Doctor. Yelah nak cancel appointment dengan clients lagi, clients okay, nak menjawab dengan boss. Gara-gara aku sakit mata. Infection. Puas aku bantai menangis semalam sampai bengkak-bengkak mata sebab tak tahan sakit dan agaknya sebab tu Poet terpikir nak amik cuti. Kesian kat aku kot, kot la kan. Cuti maksudnya kena potong gaji-erk tak sure la kali ni potong gaji ke tak. Yang pasti, aku tak paksa Poet amik cuti tapi dia yang insist. Sape tak sayang awek weh walaupun awek ehem ehem-gemok.

Mungkin jugak sebab dia malas nak bangun pagi. Poet masuk kerja pukul 7 pagi okay. Kalau ada client yang gedik nak work out pukul 6 pagi, lagi awal dia kena bangun, nasib baik Poet tak pandai mekap macam aku. Kalau tak dia kena mekap siap-siap sebelum tidur supaya tak kelam-kabut nak pergi kerja esok. Kah kah kah.

Pukul 11.30 pagi baru kitorang gerak pegi Pusat Kesihatan. Masing-masing tidur tak ingat dunia. Aku doubt sebenarnya tapi malas nak cakap. Sempat ke? Oi memang tak sempat la, siap boleh tersesat sampai ke mukim lain. Dah tu confident Pusat Kesihatan tak tutup time lunch hour. Aku sampai-sampai je, tengok orang tak ramai, kalau ada pun semua dah nak balik. Apehal? Doctor amik MC ke?

Apelah bongok sangat kan, pergi klinik kerajaan PUKUL 12.30 TENGAHARI. Memang la tutup. Bodoh piang btui la…

Aku dan Poet datang balik pukul 2.30 petang, klinik bukak pukul 2.45. Orang dah berpusu-pusu padahal kaunter pendaftaran belum bukak. Aku terus lari tinggalkan Poet kat belakang, join orang-orang sakit/orang buat-buat sakit buat satu barisan nak amik nombor. Sape lambat beratur belakang. Jangan nak ngendeng-ngendeng kat aku.

Aku agak kagum jugak la sebabnya diorang ni semua tak payah nak di suruh untuk beratur. Semuanya sabar dan bertenang walaupun bahang matahari sampai meluap-luap ke seluruh badan. Serious shit aku tak tipu. Berpeluh-peluh macam lari 4 round. Sape demam boleh kebah aku rasa. Awek-awek mekap tebal nasib kau la mekap dah cair. Kah kah kah. Itulah, sape suruh kau tepek foundation+bedak+blusher berlayer-layer.

Cuba kau pergi stesen LRT-especially KLCC/Komuter-Midvalley contohnya, kalau takde Pak Guard berwisel yang jaga jangan mimpi lah diorang ni nak beratur. Tak sempat orang nak keluar dah berebut-rebut nak masuk. Cucuk bontot dengan payung baru tau. Selfish dowh orang-orang KL! Mungkin satu hari nanti, tanpa segan silu, aku akan sound je diorang ni, “Weh tak reti beratur ke? (sambil membulatkan mata)”

Untuk Poet, terima kasih sebab susah-susah bawak aku pergi Pusat Kesihatan. Aku sayang kau, Poet. Kau lah couple yang paling best sekali.

Love.

Tuesday, August 4, 2009

Jangan pikir kalau tak nak

Bila kau takde duit (sebab claims kau sana-sini tak dapat lagi, kononnye lar), tapi ada orang lain sanggup nak belanja kau, dia berleter itu-ini kau tadah telinga je la. Lagipun, kau kan slightly pekak, diam sudey, takyah nak melawan atau keluarkan bakat terpencil kau sebagai lawyer.

Takyah fight sambil bagi hujah-hujah melalut. Nanti kau sendiri yang makan hati. Orang tu dah bawak kau makan kat Bawal Power tau, semata-mata kau teringin sebab tengok menu dia kat internet yang kau tak pasti harga die berapa. Haihs. Cuba lah kau cakap, "Terima kasih sayang, semoga murah rezeki", itukan lebih manis di pendengaran.

Memang dia suka condemn kau macam-macam, kau lembap lah, kau kuat makan lah, tak reti bawak keta la, tapi dia baik kan, dia sayang kau kan. So takkan kau nak melenting. REDHA. Kau taknak dengar tu semua, kau hidup sorang-sorang. Nak ke?

Sunday, June 14, 2009

Mother =(

Seperti selalu dan seperti tahun2 lepas, bila mereka tanye, aku tidak punya jawapan kepada soalan2 itu. Skripnya tidak pernah berubah dan seringkali aku resah bila ditanya tentang dia. Aku tidak lagi punya dia seperti teman2 lain. Dia telah pergi. Aku tidak mahu lagi menangis. Maka, setiap kali aku diasak pelbagai soalan, aku cuba untuk senyum dan menyembunyikan perasaan yang hiba.

Tanya teman-teman tentang dia:

- Kau tak celebrate mother's day ke nanti?
- Nak bagi hadiah apa kat mak kau?
- Mak kau suka handbag ke perfume?
- Family kau celebrate mother's day kat mane?

Sedih...

Mak,
It has been 3 years since you left me
But you always in my thought
I missed the warmth of your gentle hug
I missed seeing your infectious smile that could make my day a day worthwhile!
I missed saying "mak" out loud
I missed your words of wisdom and nurturing spirit
I missed the look in your eyes that traveled straight to my heart
I missed you saying, "Ni lah anak saya" and the look of pride you held with each word spoken
I'm so thankful that God chose you to be my mother
Until we meet again mak, just keep watching over me and praying for me
I still hear your voice, still feel your touch, and you still live in my heart.
Al-Fatihah...

Sunday, June 7, 2009

Perbualan orang belum kahwin

Terasa nak memblog. Dah lama tak jumpa pc. Gian. Asbabnya bil u mobile tak bayar lagi. Mungkin takkan bayar. Lantak la. Aku peduli hape.

Antara perbualan aku dengan Poet:

Poet: Sudin
Aku: Zaiton

1. Zaiton, jom keluar! Ala esok ada kuiz la. Ok, keluar kejap je tau. Nak pegi mane, Sudin? Tesco nak? Ok.

2. Bila kita nak kawen? Lagi 5 tahun kot. Lambatnye. Nak kumpul duit dulu. Zaiton buat master dulu la.

3. Kita nak makan ape? McD la. Tak boleh! Zaiton kan nak diet. Makan kat mamak je la. Jimat duit.

4. Jom tengok wayang. Ala takde duit. Takpe Sudin bayar, gaji baru keluar.

5. Takde movie yang best la. Jom balik. Tengok je la ape2 crite yang ada.

6. Sudin, kejap, nak pegi toilet. Jangan lama2, cepat sket. Ye la. Takyah mekap.

7. Sape call? Client. Client mana? Sibuk je nak tau.

8. Coklat untuk Zaiton. Tenkiu. Sape bagi? Client. Ye ke? Tapi apsal dah tinggal sikit? Bagi kawan2 kat gym. Ceh~

9. Bila nak start diet ni? Esok la. Cakap je lebih.

10. Jom pegi cc. Nak study la. Petang2 sket la. Alaa.

11. Sudin, nak aiskrim. Isk asyik makan je. Biarlah.

12. Balik cepat tau. Sudin rindu. Ngada2 la. Nak pegi klas je.

13. Zaiton, protein bleh tukar jadi glucose tak? Tak sure, nanti Zaiton tanye Mr Long. Protein bleh buat kita jadi gemok jugak kan? Erm taktau.

Untuk hari ini, esok2 tambah lagi.

Friday, May 29, 2009

Jika kau tiada

Suatu ketika dahulu
Ku tersesat dalam hidup
Sehingga muncul menjelma rasa sayang kepadamu

Rupanya inilah cinta
Nikmatnya baru ku rasa
Tak terbayang bagaimana hidup
Jika kau tiada

Jika kau tiada
Pada siapakanku dendang syair cinta
Dan dakapan mana harus ku bersandar
Meraih kasih yang ku perlu

Jika kau tiada
Wajah siapa harus ku tenung bila mencari ketenangan
Arakian suara siapakah kan membisikkan kata -kata cinta

Tak tersusunnya kata
Azimat kau bawa
Pastinya ku kan sengsara
Oh jika kau tiada

Takku kenal cinta sebelum kau hadir
Takku tahu erti rindu
Kini doa ku termakbul
Ku tagih cinta mu selalu
Walau ramai ku kenali
Tiada seikhlasmu kasih
Kalam sayang kau ku cinta
Hanya nyawa kan bisa memisahkan kita
Memisahkan kita

Jika kau tiada
Hilanglah bintang dilangit yang berkelip
Memelita malam yang hiba
Hilanglah keajaiban kelapan di dunia

Jika kau tiada
Sentuhan siapa yang mampu menyembuh luka dihatiku
Lantarannya tawar naluri hati untuk jatuh cinta lagi

Jikalau ku termampu memiliki dunia
Semua tak bermakna bagi ku jika kau tiada

Tuesday, May 26, 2009

Star fish

Once upon a time there was a wise man who used to go to the ocean to do his writing. He had a habit of walking on the beach before he began his work. One day he was walking along the shore. As he looked down the beach, he saw a human figure moving like a dancer. He smiled to himself to think of someone who would dance to the day.

So he began to walk faster to catch up. As he got closer, he saw that it was a young man and the young man wasn't dancing, but instead he was reaching down to the shore, picking up something and very gently throwing it into the ocean.

As he got closer he called out, "Good morning! What are you doing?" The young man paused, looked up and replied, " Throwing starfish in the ocean." "I guess I should have asked, why are you throwing starfish in the ocean?" "The sun is up, and the tide is going out, and if I don't throw them in they'll die."

"But, young man, don't you realize that there are miles and miles of beach, and starfish all along it. You can't possibly make a difference!" The young man listened politely. Then bent down, picked up another starfish and threw it into the sea, past the breaking waves and said, "It made a difference for that one".

"There is something very special in each and every one of us. We have all been gifted with the ability to make a difference, and if we can become aware of that gift, we gain through the strength of our visions the power to shape the future. We must each find our starfish. And if we throw our stars wisely and well, the world will be blessed.

From a friend, to a friend, by a friend.

Friday, May 15, 2009

Driver yang tak sabar

Attention to all drivers.

Jangan suka2 hon kereta depan kau. Belajar bersabar. Semua orang pun nak cepat. Relax ok. Kau bayangkan, kalau driver kereta depan kau tu pantang dihon, tak pasal2 kau kene kejar. Dia hon kau balik bertalu -talu. Jalan plak jam. Kau tak boleh nak pecut. Hon dia bunyi macam hon kapal. Tak ke kecut perut? Weh jangan buat pasal la.

Dah, aku pernah tengok bende ni banyak kali. Seriau. Jangan suka2 hon kalau kau bukan kaki pukul.

Thursday, May 14, 2009

Aku, Ezwan, Zaid dan Azura

Last week jumpa Ezwan. Akhirnya ketemu juga, setelah 2 minggu berjanji dan aku bagi macam2 alasan. Exam. Sibuk. Hujan lebat. Revision. Penat. Assignment. Gempa bumi. Presentation. Tak sempat. Esoklah. Aku kira blood pressure Ezwan naik mendadak gara -gara alasan yang aku beri. Haha, kesian Ezwan ada kakak macam aku. Apa nak buat. Aku tengah mood exam. Takmau diganggu.

Bawak Ezwan pegi PAS. Mau beli T- shirt 2-3 helai, jam tangan, beg skola baru, selipar baru (selipar beli kat Uptown dulu dah kena rembat) tapi duit ada RM150 saja. Aku tak menyumbang. Kering sungguh. Malah pau duit Ezwan untuk isi minyak.

Kami tawaf PAS hampir satu jam. Kami geledah semua kedai, walaupun kami tau baju2 yang dijual sama saja. Cuma bezanya konsep kedai, samada music sentimental atau music yang buat halwa telinga jadi bingit. Samaada salesgirlnya beruniform atau bergaya bebas ikut suka. Cat putih atau hijau atau rainbow. Pilih saja yang mana berkenan.

Shopping mengalahkan perempuan. Belek punyalah lama. Nasib baik ada abg kurang hensem ingin berbual mesra dengan aku. Tugas aku bagi komen (citarasa kami sangat bercanggah) dan tolong pegang beg2 plastik time Ezwan tengah fitting. Bertuahlah kau ada kakak sporting gile macam aku.

Last2 dia beli T-shirt 3 helai, beg skola dan selipar. Itu saja yang dapat cover. Jam tangan nanti aku beli tapi taktau bila. Sekadar ingin memujuk Ezwan.

Kami singgah Sek 7. Ezwan kepingin cendol Pak Akob. Dari jauh kami nampak kotak hijau- van Pak Akob. Tapi nasib tak baik. Cendol abis. Aku hampa. Ceh. Belasah je la apa yang ada. Haus gile. Tak banyak kata, beli air kelapa.

Dalam perjalanan pulang, Ezwan kata Papa mungkin balik Pahang hujung minggu ni. Berita baik bagi aku, Ezwan dan Zaid. Freedom. Midnight movie. Fast food. Bubble party di rumah. Drift. Tak tido la jiran sebelah. Mau invite Azura sebagai pelengkap. Baru fair- 2 lelaki 2 gadis.

Tak sabar tunggu hari Sabtu. Moga2 Papa dan Mama tiada halangan untuk ke Pahang. Aku rindu adik -adik kat umah. Dah lama tak bergusti lengan. Trademark kami. (Ok, aku tipu)

Aku menghitung hari.

Wednesday, May 13, 2009

Kenangan dulu

[Nama kekasih Poet], you are my better half, you are my worst half
for the better or the worst, you are my other half
You are the milk for my coco crunch, you are the quad for my calf
You are the moon to the sun, you are the boat for the raft

[Nama kekasih Poet],
I'd never want you to be, what I need not you to be
Unless you have always want to be, that you that I don't you to be
But be it, I believe in thee, be all that you can be
But one thing I want you to see, I'll be right with you whatever maybe

[Nama kekasih Poet lagi],
You are my ribcage to my chest, you are my bicep to my tricep
You are my oblique to my abs, you are my back to my trap
You are my esophagus to my lung, you are my artery to my heart
You are my tongue to my teeth, you are my missing body parts



PS: Ini bukan copy paste dari internet ya. Kalau tak percaya sudah. Coretan dari Poet untuk aku. Lama dulu. Tapi serasa seperti semalam aku terima surat-koyak-kertas-dari-buku itu. Tak kesah. Kecoh mau dikongsi baca sama yang lain. Poet puitis tapi tidak selalu. Ikut mood. Kenangan bersama Poet terlalu banyak dan ratio sweet:pahit equal (atau pahit sebenarnya lebih banyak? takmau buka pekung di dada).Pertama itu Poet. Ahh mana mungkin aku bisa lupa pada Poet? Poet sama penting dengan udara. (Ok, full stop, tahap hyperbola dah ni)

Bukan untuk sesiapa

Smile at me like you do
Bombard me with question like you do
Warm my heart with a laugh like you
Frustrate me to no end like you do
Make me feel ultimately loved like you do

Dia yang aku gelar Si Poet

Semalam..

Dalam kereta, radio off, damai rasanya..

Walaupun kaki sakit sebab banyak berjalan.. (Belum mampu beli Clarks )

Sambil tunggu lampu merah jadi hijau..

Aku pandang Poet, satu senyuman gedix untuknya.. (Senyum gedix itu perkara biasa)

Poet renung aku..

Aku cair tapi aku cuba sembunyi (Malu beb!)

Poet tau aku blushed (Poet ada 6th sense)

Poet pandang lagi.. (Lama betul traffic light nak tukarkan?)

Poet buka mulut untuk kata sesuatu...

Kalian tau apa?

"I want to have son and daughter with you" (Poet taktau cakap melayu)

Aku terkesima tapi buat - buat cool (Aku dah tak rasa floor kereta)

Sebelum tidur, aku senyum lagi..

Poet, terima kasih untuk semuanya

Jack and Jill

Pernah kalian dengar tentang Jack and Jill? Ya, aku tau ia nursery rhyme yang kalian nyanyi di kindergarden. Manis sekali kenangan itu. Tapi kalian salah. Maka apa? Bukan juga Jack and The Beanstalk ya, itu beza. Itu cerita untuk adik comel kalian yang berumur 5 tahun. Tajuk penuh: Jack and Jill vs The World. Movie di Astro jam 8 pagi tadi (Kalian kagum? Aku bangun awal gara - gara ugutan Arnold. Hampir saja disimbah air.). Flow ceritanya ringkas, mudah difahami dan bersahaja. Adegan romance itu satu kemestian, namun masih terkawal. Mesejnya wonderful. Mereka (Jack dan Jill) punya manifesto tentang hidup mereka, dan buat aku fikir (sedetik je, ok) apa aku benar - benar hargai hidup ini? Life's too short. So live life to the fullest. Masa yang ada perlu diisi sebaik - baiknya. Klise ya?

Sedutan dari movie ini. Enjoy!~

Jack: Hey, George. How does this relationship nonsense usually work?

George: Usually, you go on a couple of dates, see if you like each other. Eventually you have sex.

Jack: Right. I, uh... I sort of skipped the whole dating thing. So what then?

George: And then, if you're happy with the action, you become boyfriend and girlfriend. It's really fun for, like, three months, and then you realize it's work. Then you dump her. Or not.

Jack: Okay, let's say not.

George: You move in together.

Jack: I did that.

George: Right. Well... Then you get married. You start your trajectory of acquisitions. Knives, forks, juicer, barbecue. You move to the burbs. You buy a house. You pop some kids out. You fight, you cheat, you separate, divorce, you split the shit, and see the kids on weekends. Then you start all over again.

Jack: It all sounds so promising.

George: It's just an outline, Jack.

Tuesday, May 12, 2009

Jalan- jalan

Hari ini, hendak djadikan carita, aku keluar bersiar- siar bersama Poet. Kami ke The Curve, destinasi pertama. Menurut Poet, dia mahu beli Muscle Juice yang dipesan oleh colleaguenya. Tidakkah seperti dipergunakan? Kerana tuan empunya protein punya motor untuk bergerak sendiri ke sana. Tapi, itulah Poet, memang sifatnya menolong orang. Dan atas sebab itulah aku memilih dia (Poet jangan perasan lebih-lebih, ok). Asalkan Poet rasa dirinya dihargai sudah memadai. Kata Poet lagi, susah jika Jay mahu beli sendiri kerana mana mungkin dia bawa tong Muscle Juice itu dengan motor yang mana beratnya hampir sama dengan seorang bayi. Aku kira 3.5 kg mungkin. Berat bukan?

Destinasi kedua kami, Ikano Power Center. Mencari Fitness Concept. Aku mahu tahu harga Reebok i-run kerana diminta Yanie. Sudah pasti, Poet dipaksa jadi jurucakap untuk aku. Menanya tentang itu ini. Kalau aku bersoal jawab dengan jurujual baju oren itu, pasti diperlecehkan. Tapi barang yang dicari tidak ada di situ. Atau hanya ada di cawangan terpilih. Aku monolog sendiri. Lantas, kami sekadar cuci mata dan aku berangan- angan punya satu treadmill RM14,000 di rumah. Lucu deh. Bukankah keahlian fitness center jauh lebih murah di samping kehadiran jejaka- jejaka six packs, dan juga perempuan- perempuan mirip figure Jessica Alba. Tawaran yang lebih menarik. Siapa menolak?

Destinasi ketiga kami, Popular. Tak perlu aku cerita apa kami buat di sana. Kalian juga tahu apa ada di Popular. Poet kagum, seperti terkesima kerana Popular di Ikano sungguh besar. Benarkah kata Poet? Silakan pergi.

Persoalannya adalah tentang masa depan aku bersama Poet. Dia punya agenda hebat untuk hidupnya. Kemahuan dan kehendak Poet sama seperti mereka yang lain. Ordinary. Acapkali juga dia cerita pada aku tentang impiannya untuk beli sebuah rumah yang decent (sebagai permulaan), kereta yang tidak melantak minyak seperti Greenball (nama manja kereta Poet), punya simpanan tetap dalam ASB, furnitures dari Ikea, plasma TV 32 inci atau 40 inci, dan juga supplement otot - ototnya. Aku terpikir sejenak, bahkan setiap kali kami berbahas isu ini aku hilang konsentrasi. Seperti ada yang kurang. Rencahnya tidak cukup. Kerana Poet tidak sebut tentang aku. Dimanakah aku dalam senarainya? Atau Poet rasa aku bukan kepentingannya. Cukup aku sebagai peneman kesana, kemari. Aku kecil hati. Aku keliru. Aku rasa tidak dihargai. Poet kata dia cinta. Poet juga kata forever and ever babe (Oh aku terawang-awang, haha!). Tapi jarang sekali aku dengar dia merencana hidup kami. Seolah- olah hubungan ini tiada kemuncaknya. Istilah girlfriend itu sampai bila mahu jadi status aku? Hakikatnya, aku belum bersedia untuk punya mertua atau ipar atau duai. Aku cuma mahu jadi senarai terpenting dalam rancangan hidup Poet. Bersama- sama menetapkan bila "itu" akan terjadi. Bicara tentang tema apa kami mahu atau warna apa yang aku idamkan. Hampa, itu perasan aku seperti selalu. Air mata menjadi kesudahan bila aku sendiri. Apa Poet tidak pernah fikir tentang aku?

Rahasia Indah (by Krishna New Spectrum ft Ale)

Tak terbayangkan berjumpa dengan dirimu
Menjadi awal kisah kita berdua
Terlanjur jauh sudah ku jatuh hati padamu
Tanpa ku pikir lagi nyatanya ku salah

Reff :
Mengapa tak katakan
Kau telah berdua
Mengapa berdusta
Tuk raih cintaku
Mestinya kau jujur padaku
Tulus padaku mungkin ku tak membalas

Ku tak mau berbagi cinta dengannya
Karna ku tak ingin ada yang terluka
Biarlah yang lalu menjadi
Sebuah rahasia indah kita berdua...

Dia yang pantas dapatkan cinta darimu
Karna dia yang pertama mencintamu
Kini berakhir sudah kepada keputusanku
Meskipun itu perih ku rela kau pergi

Back To Reff

First blog! Yeah!~

Blog pertama aku..

Akhirnya..

Blog, sekadar satu hobi baru dan untuk ikut trend, ya, mereka itu ada blog dan aku juga mahu..
Aku punya tempat baru kini, untuk luah rasa sama dunia maya..

Sekian~