Tuesday, May 12, 2009

Jalan- jalan

Hari ini, hendak djadikan carita, aku keluar bersiar- siar bersama Poet. Kami ke The Curve, destinasi pertama. Menurut Poet, dia mahu beli Muscle Juice yang dipesan oleh colleaguenya. Tidakkah seperti dipergunakan? Kerana tuan empunya protein punya motor untuk bergerak sendiri ke sana. Tapi, itulah Poet, memang sifatnya menolong orang. Dan atas sebab itulah aku memilih dia (Poet jangan perasan lebih-lebih, ok). Asalkan Poet rasa dirinya dihargai sudah memadai. Kata Poet lagi, susah jika Jay mahu beli sendiri kerana mana mungkin dia bawa tong Muscle Juice itu dengan motor yang mana beratnya hampir sama dengan seorang bayi. Aku kira 3.5 kg mungkin. Berat bukan?

Destinasi kedua kami, Ikano Power Center. Mencari Fitness Concept. Aku mahu tahu harga Reebok i-run kerana diminta Yanie. Sudah pasti, Poet dipaksa jadi jurucakap untuk aku. Menanya tentang itu ini. Kalau aku bersoal jawab dengan jurujual baju oren itu, pasti diperlecehkan. Tapi barang yang dicari tidak ada di situ. Atau hanya ada di cawangan terpilih. Aku monolog sendiri. Lantas, kami sekadar cuci mata dan aku berangan- angan punya satu treadmill RM14,000 di rumah. Lucu deh. Bukankah keahlian fitness center jauh lebih murah di samping kehadiran jejaka- jejaka six packs, dan juga perempuan- perempuan mirip figure Jessica Alba. Tawaran yang lebih menarik. Siapa menolak?

Destinasi ketiga kami, Popular. Tak perlu aku cerita apa kami buat di sana. Kalian juga tahu apa ada di Popular. Poet kagum, seperti terkesima kerana Popular di Ikano sungguh besar. Benarkah kata Poet? Silakan pergi.

Persoalannya adalah tentang masa depan aku bersama Poet. Dia punya agenda hebat untuk hidupnya. Kemahuan dan kehendak Poet sama seperti mereka yang lain. Ordinary. Acapkali juga dia cerita pada aku tentang impiannya untuk beli sebuah rumah yang decent (sebagai permulaan), kereta yang tidak melantak minyak seperti Greenball (nama manja kereta Poet), punya simpanan tetap dalam ASB, furnitures dari Ikea, plasma TV 32 inci atau 40 inci, dan juga supplement otot - ototnya. Aku terpikir sejenak, bahkan setiap kali kami berbahas isu ini aku hilang konsentrasi. Seperti ada yang kurang. Rencahnya tidak cukup. Kerana Poet tidak sebut tentang aku. Dimanakah aku dalam senarainya? Atau Poet rasa aku bukan kepentingannya. Cukup aku sebagai peneman kesana, kemari. Aku kecil hati. Aku keliru. Aku rasa tidak dihargai. Poet kata dia cinta. Poet juga kata forever and ever babe (Oh aku terawang-awang, haha!). Tapi jarang sekali aku dengar dia merencana hidup kami. Seolah- olah hubungan ini tiada kemuncaknya. Istilah girlfriend itu sampai bila mahu jadi status aku? Hakikatnya, aku belum bersedia untuk punya mertua atau ipar atau duai. Aku cuma mahu jadi senarai terpenting dalam rancangan hidup Poet. Bersama- sama menetapkan bila "itu" akan terjadi. Bicara tentang tema apa kami mahu atau warna apa yang aku idamkan. Hampa, itu perasan aku seperti selalu. Air mata menjadi kesudahan bila aku sendiri. Apa Poet tidak pernah fikir tentang aku?

No comments:

Post a Comment